Friday 9 May 2014

Pengasas SEFT® & Associate SEFT® Trainer Malaysia

Dr. Yusof Rabu
MD(HOM), Msc. HRM,  ADH(FHM),
Dip. Accupt.(FHM), Dip. Iridology, Dip. TCM, Advance Dip. HRM Certified Mind Power Instructor, REIKI Master, SEFTer, Associate SEFT Trainer(LoGOS Institute)

Dr. Yusof Rabu memegang Sarjana Sains Pengurusan Sumber Manusia dan telah berkhidmat di dalam pengurusan dan perkilangan selama lebih 18 tahun di beberapa syarikat multinasional. Antaranya Sony, Motorolla dan JVC.
Dr. Yusof juga memegang Ph.D dari OIUCM di dalam bidang perubatan Komplimentari, Ijazah Kedoktoran Homeopati, Diploma Iridologi, Diploma Akupuntur, dan Diploma Perubatan Warna (Total Colour Medicine). Selain daripada itu beliau juga merupakan Jurulatih Bertauliah di dalam Minda Perkasa dan merupakan seorang REIKI Master serta SEFTer.
Telah banyak menjalankan sesi latihan dan praktikal SEFT kepada pelbagai peringkat samada jabatan kerajaan, swasta dan individu di dalam usaha memperkenalkan dan berkongsi maklumat mengenai kebaikan dan keunikan SEFT.
Di dalam bidang latihan, Dr. Yusof telah melatih begitu banyak pekerja-pekerja daripada pelbagai peringkat sama ada di sektor awam mahupun swasta. Antaranya ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Perdagangan Industri dan Antarabangsa, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pengairan dan Saliran, FELDA,  dan banyak lagi.
Beliau telah membangunkan dan mendapat ilmu pengetahuan melalui pengalaman yang hands-on yang mana beliau telah terlibat secara langsung di dalam Kemahiran Kepimpinan, Semangat Kerja Berpasukan, 5S, KAIZEN dan GEMBA KAIZEN, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pengurusan Sumber Manusia, TWIJI (Training Within Industrial Work Instructions), Motivasi, Alam Sekitar, Produktiviti dan Kualiti. Beliau juga merupakan Auditor Bertauliah untuk ISO 9001 dan EMS 14001.
Keahlian Profesional beliau adalah Doktor Prubatan Homeopati (3244/95), Ahli Persatuan Pengamal Homeopati Malaysia dan Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (0367)
Melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang luas di dalam pengurusan, perkilangan mahupun perubatan holistik, Dr. Yusof dapat menerapkan ilmu-ilmu dan pendekatan baru yang praktikal dan berkesan di dalam motivasi, kepimpinan dan sebagainya.
Keahlian Profesional :

1.Doktor Perubatan Homeopati (3244/95)
2.Ahli Persatuan Pengamal Homeopati Malaysia
3.Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (0367)
4.Ahli PPIIPBM/0424/09 (Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia)

Sukri Saad
BHRM UUM, SEFTer,
Associate SEFT Trainer (LoGOS Institute)
 Sukri Saad memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia.
Beliau telah melibatkan diri dalam bidang latihan sejak menamatkan pengajian bermula dengan membangunkan Pusat Latihan Kemahiran Teknologi di Raub yang menjalankan program latihan kemahiran (Competency Based Training) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Beliau juga pernah membangunkan Pusat Latihan Bertauliah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di Temerloh, Pahang.
Beliau meminati bidang ilmu metafizik dan perubatan holistik yang mana telah mempelajari pelbagai ilmu seperti Numerology, Colour Vibration, REIKI, Applied Kinesiology, NLP, dan Perubatan Islam.
Beliau merupakan seorang SEFTer (SEFT Practitioner) yang dibimbing dan dilatih secara langsung oleh Founder SEFT, Ahmad Faiz Zainuddin seterusnya mendapat kepercayaan daripada Founder dengan dilantik sebagai Associate Trainer oleh LoGOS Institute.
Dengan SEFT, Beliau telah mengendalikan workshop dan kursus di seluruh Malaysia dan di Singapura yang dihadiri oleh pelbagai golongan profesional.
Di samping mengadakan workshop dan kursus, beliau juga telah melakukan terapi SEFT kepada ratusan orang. Selari dengan semangat yang diterapkan dalam SEFT;“Life is LoGOS (Loving God, Blessing Others, & Self Improvement), and The Rest is Just Detail”


Hj. Ahmad Faiz Zainuddin

S.Psi, yang lahir pada 12 Januari 1977. Seorang sarjana Psikologi Universiti Airlangga Surabaya dan Pasca Sarjana di dua universiti berbezaa. Program M.Sc. in Human Resources Development dari Universiti Teknologi. Malaysia, juga lulusan M.Sc. in Technopreneurship & Innovation dari Nanyang Tech. University di Singapura.
Mendapatkan 2 penghargaan dari MURI atas terapi inovatifnya (SEFT) dalam mengatasi ketagihan rokok untuk 1,400 pelajar & ketagihan dadah untuk 500 banduan di LP Cipinang. Pemegang 2 HAKI atas SEFT® dan HOPES® serta mendapatkan penghargaan sebagai alumni berprestasi dari Univ. Airlangga, Surabaya pada tahun 2008.


Belajar secara langsung dari pengasas EFT iaitu Gary Craig (USA), pengasas Bodymind Integration - John Hartung (USA), EFT for Peak Performance - Steve Wells (Australia), serta Ketua Energy Psychology Association wilayah Asia-Pasifik–Joseph Guan (Singapore) dan Pakar Psycho Energetic Aura Technology (PEAT)–Carol Saito (Italy).

Mengikuti berbagai short course dalam bidang “HR Empowerment & Innovation” di Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, Australia, China, India, USA (Silicon Valley, Stanford Univ., Univ. of California Berkley, Univ. of Washington, UCLA, etc) & Canada (Univ. of British Columbia)

No comments:

Post a Comment