Thursday 19 June 2014

SEFT # EFT Salah Satu Elemen DI Dalam SEFT


 Asal-usul  EFT lebih dari 5000 tahun lalu, di China, biara Shaolin dan Taoist, menjelaskan energi dan titik meridian pertama kali diperkenalkan. Pengembangan EFT juga merupakan rangkaian sukses Dr George Goodheart, founder Applied Kinesiology dan Dr Roger Callahan, founder TFT (Thought Field Therapy). 

Pada awal tahun 90 salah satu siswa Dr Callahan, Gary Craig, menyenaraikan algoritma TFT dan prosesnya dibuat secara universal agar boleh diterapkan untuk semua permasalahan mental, emosional dan fisik. Gary Craig adalah Stanford Engineer, Master NLP Practitioner dan pakar Personal Development. 

TFT diterapkan oleh Jurulatih terlatih dan menggunakan urutan titik meridian kompleks. Sedangkan Gary Craig, EFT protokol anda hanya mengetukan seluruh titik meridian untuk setiap masalah, sehingga anda selalu menggunakan titik yang tepat.

 Keduanya, iaitu EFT dan TFT adalah benar-benar efektif, perbezaannya EFT lebih mudah untuk dipelajari, dapat digunakan oleh semua orang dan dengan protokol yang sama digunakan untuk semua masalah. 

APA EFT ? 

EFT merupakan teknik penyembuhan emosi dan perasaan yang juga ternyata dapat menyembuhkan gejala-gejala penyakit fizikal.  

Sejarah EFT
Bermula pada revolusi yang berkembang dalam keyakinan psikologi konvensional. Hal ini menjelaskan bahawa “segala emosi negatif yang muncul dapat merosak energi sistem dalam tubuh”.

 Kesan dan hasil yang mengejutkan  (50-90%  dari pengalaman berjaya disembuhkan) , EFT menghilangkan gejala-gejala penyakit yang timbul secara rutin EFT dilakukan dengan mengetukkan dua hujung jari pada beberapa lokasi di tubuh.

 Ketukan-ketukan tersebut bertujuan untuk menyeimbangkan energi meridian dalam tubuh ketika terjadi gejala-gejala penyakit fizik dan emosi yang mengganggu.Biasanya pesakit akan sembuh atau mengambil masa sedikit sahaja lagi.



Bagaimana Cara EFT bekerja?

EFT adalah terapi meridian energy – versi sederhana akupuntur, yang bekerja langsung pada sistem meridian di tubuh. Namun seperti halnya tanpa menggunakan jarum seperti akupuntur, anda hanya mengurut atau mengetuk-ngetuk  titik meridian utama  dengan ringan.

 Kebiasaannya hanya membayangkan titik meridian seperti sungai. Permasalahan dalam emosi atau fizik sama halnya dengan sebuah sungai yang tersumbat dan alirannya terganggu.

 EFT adalah teknik penyembuhan tubuh dan fikiran yang menggabungkan efek fizik dari perawatan meridian dengan efek mental  dengan hanya memfokuskan pada tempat sakit atau permasalahan. Hanya dengan  mengetuk pada titik meridian mengirimkan energi  kinestetik kepada energi sistem dan membebaskan hambatan yang menutupi aliran energi ( sungai ).


Dicatat Oleh : Sarimah Binti Doring pada 17.12.2013

P/S : Semoga bermanfaat kepada Saya dan juga Anda.
               " Sharing Is Caring "

No comments:

Post a Comment